Assalamualaikum wbt
Starting from today, saye akan cerite psl PCOS..shortform kepada Poly Cystic Ovarian Syndrome.
As i was recently diagnosed of having PCOS..saye telah melakukan byk reserach dan bacaan mengenainye..membaca forum2 mengenai penderitaan pesakit PCOS..dan saye ingin menyatakan, demi Muhammad Aiman Fahim dan Mohd Najid, saye akan mengharunginye..dan melawannye….so,who’s with me?(dgn laungan semangat..hehe) siape yg ingin berjuang bersame saye, please stay tuned and pls leave me ur email..saye juge akan hantar2 tips2 tambahan untuk kite same2 cube k
PCOS adalah satu sindrom ketidakseimbangan hormon wanita di dalam badan. mengapa dipanggil PCOS?poly cystic..meaning cyst yg byk..ovarian meaning di kawasan ovari..so,kesimpulannye adalah cyst yg sgt byk di kawasan ovari..bahayekah ia?yes..mengape?nanti saye akan cerite kan..
antara simptom penghidap PCOS adalah haid tidak teratur, mempunyai hormon lelaki melebihi hormon wanita, mempunyai bulu badan yang banyak, obesiti, dan insulin resistance (yang ni selalunye penyebab wanita obesiti..)
and me, fall under category insulin resistance..ape kah maksud insulin resistance?Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas, kelenjar dalam perut dengan banyak fungsi. Ia biasanya dirembeskan sebagai tindak balas kepada jumlah glukosa yang besar atau gula dalam darah. Setelah dihasilkan, insulin menyebabkan glukosa yang diperlukan diserap ke dalam sel-sel badan akan digunakan untuk tenaga. Wanita dengan PCOS sering mempunyai rintangan insulin,bermaksud badan mereka tidak bertindak balas cepat terhadap insulin.tindakbalas lambat akan menyebabkan lebih besar dan lebih banyak insulin yang dikehendaki sebelum glukosa diambil ke dalam tisu badan, dan akhirnya perubahan dalam cara badan dengan gula. Tahap glukosa yang tinggi secara konsisten dalam darah boleh membawa kepada kencing manis. ape kaitan saye dgn insulin resistance?saye ni kurus je..height 159cm..weighs 48.5 kg..tetapi family saye ade sejarah kencing manis.so secara tak langsung i inherit the insulin resistance factor..and yes, PCOS ni boleh diturunkan dari ibu ke anak..(minta dijauhkan dari anak saya, kalau saya ade anak perempuan)
penghidap PCOS juga didapati sering mengalami keguguran..mengape?wanita yg hamil dengan Sindrom PCOS, tahap insulin boleh mengganggu . Tahap insulin yang tinggi sebenarnya boleh menyebabkan peningkatan darah beku antara lapisan rahim dan uri, yang membawa kepada kekurangan plasenta, dan kegagalan plasenta untuk membekalkan nutrien kepada janin dan kebolehan mengeluarkan sisa toksik. Hasilnya adalah keguguran.
ada juga fakta yang menyatakan telur yang dihasilkan oleh ovari pesakit PCOS tidak sempurna kandungan genetiknya akibat pembesaran folikel tidak sempurna.
this diagaram shows the normal ovary and the PCOS ovary..normal ovary, 2-3 folikel..PCOS ovary..berganda2..hebat?salah..kerana..folikel normal, salah satu dr folikel tersebut akan membesar, menjadi folikel dominan dan seterusnye pecah mengeluarkan ovum (telur) tetapi ovari PCOS, akan menghasilkan berpuluh2 folikel tetapi tidak akan membesar untuk pecah melepaskan ovum..sbb tu penghidap PCOS mempunyai haid tidak teratur..tiada ovum dihasilkan..dan hormon menjadi tidak seimbang dan seterusnye akan menjadi penyebab ketidaksuburan.
mengapa bahaya?sekiranya tidak dirawat atau gagal dirawat, ketidaksuburn itu bersifat kekal..malah, boleh mengakibatkan kanser ovari..dan juga boleh menjadi penyebab endometriosis cancer.
saye ni bukanlah doctor..bukan jugak nurse..kat U dulu ambik kesihatan untuk alam sekitar je..heheh i elaborate this with what i read and understand..hrp berguna kepada rakan2 penghidap pcos di luar sana..thanks and to be continued!




































